loading...

Friday, 2 March 2018

Mereka Masuk Dengan Muka Senyum Dengan Muka Yakin Tetapi Semua Akan Berubah Bila Hakim Memberitahu Bahawa ..

Mereka Masuk Dengan Muka Senyum Dengan Muka Yakin Tetapi Semua Akan Berubah Bila Hakim Memberitahu Bahawa ..

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas empat bekas pelajar kolej kerana membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena Omar Peter pada 2012.
Mereka ialah Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 26; Mohamad Sharafe Matt Noh, 25; Azizi Aizat Ibrahim, 26 dan Mohamad Safwan Muhamad, 26.
Panel lima anggota mahkamah diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif juga mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas Mohamad Zul Shahril Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat kerana membunuh bapa pensyarah tersebut, Omar Peter Abdullah.
Hakim Raus memutuskan keterangan terhadap keempat-empat mereka mencukupi untuk mensabitkan.
Mahkamah yang juga disidangi Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim, Datuk Sri Balia Yusof Wahi dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dengan sebulat suara menolak rayuan akhir oleh kempat-empat mereka.

Omar peter dan anaknya zara

No comments:

Post a Comment